PERMULAAN BARU (KAMPUS)
Assalamualaikum dan selamat petang,
salam perkenalan dari aku, bagi yang tidak mengenali diri ini, cukuplah mengenali dengan
panggilan Muhammad @ lebih mesra Matpat (gelaran di utara)...
Harini aku cuma nak mulakan balik blogging setelah bertahun lamanya berhenti...
Okey, salah satu faktor yang mendorong aku untuk menulis blog semula adalah kerana harini merupakan hari pertama aku bergelar siswa...
Mesti ada antara pembaca akan tertanya apa kaitannya, kan?
Sebenarnya aku berasal dari Kedah Darul Aman, so ceq ni oqang utagha, yang mendapat tempat di sebuah IPTA yang boleh dikatakan jauh dari tempat kelahiran. Bila di tempat baru dengan masyarakat baru, banyak perkara yang boleh aku peroleh dari pelbagai perspektif.
Semua orang mempunya "first time" mereka sendiri, begitu juga dengan aku, first time berjauhan dari negeri kelahiran. Untuk pengetahuan pembaca, aku melanjutkan pengajian di sebuah IPTA di bumi kenyalang, Sarawak...
First time sampai, perbezaan pertama yang dapat aku lihat ada dialek bahasa. selalunya percakapan yang aku akan dengar adalah "aku,hang.hangpa,depa" terus aku terkena kejutan budaya dengan "kamek,kitak"... Sejujurnya, aku tak pernah berjumpa Sarawakian secara live, so aku jadi excited nak kenal dengan pelbagai kaum dan etnik di sini. Aku yakin semuanya akan berjalan lancar sepanjang aku berada di sini sebab walaupun kita berbilang kaum dan bangsa, kita tetap di bawah satu naungan
yang amat disegani iaitu Malaysia.